Friday, July 13, 2007

Objektif dan tatacara Kuiz PSR 2007

Kuiz P.S.R. Sekolah-Sekolah Rendah Negara Brunei Darussalam 2007
Dengan penuh hormat dan sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam akan mengadakan Kuiz P.S.R bagi murid-murid Sekolah Rendah bagi tahun 2007.

Antara objektif Kuiz ialah:

1.Membantu para murid mengulangkaji pelajaran sebelum menduduki peperiksaan P.S.R.
2.Mengembangkan keyakinan diri murid dalam suasana pertandingan.
3.Menguji kecekapan berfikir dalam masa yang singkat.
4.Memupuk semangat kerjasama dalam berpasukan.
5.Mengeratkan silaturahim antara murid dan guru.
6.Menggalakkan penglibatan murid dalam kegiatan kokurikulum.
7.Menanai kesedaran pengalaman pembelajaran luar kelas.
8.Meningkatkan semangat daya saing antara murid dan sekolah.

Syarat dan tatacara pertandingan

1.Peraduan ini dibukakan kepada pelajar semua sekolah-sekolah Rendah di Negara Brunei Darussalam.
2.Hanya satu pasukan yang terdiri dari 3 peserta dibenarkan dari setiap sekolah.
3.Setiap sekolah yang menyertai peraduan ini dimestikan menyumbangkan sebanyak 10 soalan subjektif dan 10 soalan objektif bagi tiap-tiap satu subjek berdasarkan sukatan pelajaran peperiksaan P.S.R..
Soalan-soalan hendaklah dihantar ke email kuizpsr@gmail.com ( softcopy) dan dihantar ke JPKK (hardcopy).
4.Pada peringkat saringan, ujian bertulis akan diadakan dan semua peserta dikehendaki mengikutinya.
5.Hanya 2 (Johan& Naib Johan) mewakili kawasan/ Daerah ke peringkat negara.
6.Setiap soalan yang dikemukakan adalah berdasarkan subjek BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS, SAINS, MATEMATIK, GEOGRAFI DAN SEJARAH.

Maklumat berhubung tatacara dan syarat pertandingan akan dikemaskinikan dari masa ke semasa.

Watch this SPACE!!!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home