Friday, July 20, 2007

Penyertaan KuizPSR ditutup

Penyertaan bagi KuizPSR 2007 kini ditutup. Sekarang tibalah saatnya untuk para peserta bersedia untuk saringan awal yang melibatkan ujian bertulis di tempat dan waktu yang akan ditentukan nanti.

Saringan awal peringkat daerah, InsyaAllah akan diadakan pada 31hb. Julai ini. Misalnya bagi bagi Daerah Brunei dan Muara, ujian bertulis dicadangkan akan diadakan di Dewan Kuliah, Dewan Canselor ( tertakluk kepada jawapan dari pihak UBD yang masih belum memberikan jawapan samada secara telefon, faks, email dan apa jua jenis makluman yang boleh disampaikan terus kepada pihak sekolah).

InsyaAllah sebagai ganti tempat ujian ialah Maktab Sains, memandangkan kemampuan sekolah tersebut untuk menampung lebih kurang 300 orang pelajar yang dijangka akan menjalani ujian bertulis saringan awal KuizPSR 2007.

Esok akan direconfirm dengan pihak yang terlibat ; UBD, permakanan, soalan, lantikan AJK etc. Esok juga merupakan sesi perjumpaan dengan pihak RTB untuk rundingan awal dalam mengadakan KuizPSR 2007 peringkat akhir nanti yang dijadualkan akan diadakan pada 5hb. September ini.

Semoga semuanya berjalan lancar.AMIN.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home