Monday, August 13, 2007

Suasana Peringkat Suku Akhir KuizPSR 2007



Alhamdulillah
ujian bertulis peringkat sukuakhir telah lancar dan sempurna dijalankan, terlebih dahulu bagi pihak AJK Eksekutif KuizPSR 2007 sukacita merakamkan jutaan terima kasih kepada para guru pengawas dan para pelajar. Ada yang datang dari jauh ; Temburong dan Belait. Mudah-mudahan usaha biscigu mendapat berkat dan para pelajar dapat menimba pengalaman berada dalam konteks ujian yang cukup mencabar pada kali ini. 120 soalan dalam masa 45 minit? nasib jua objektif cikgu, bayangkan saja kalau subjektif.

Lagi sekali, pihak AJK juga merakamkan penghargaan yang setinggi-tingginya atas kesudian para guru pengawas kerana berkesudian memberikan kerjasama dalam pemarkahan peringkat suku akhir ini, nasib jua ada yang membawa kacamata, kalau inda...;-p.

Tidak lupa juga kepada Pemangku Guru Besar SR Rimba II yang sangat berbesar hati memberikan kemudahan berupa dewan, meja kerusi, ekon dan sebagainya. Sekolah Rendah Rimba sekarang menjadi Venue Eksklusif KuizPSR 2007. Tahniah SR Rimba II.
Gambar berikut menampakkan jamuan untuk para guru pengawas dan pelajar, keadaan pelajar ketika ujian dijalankan dan suasana ketika stress para guru pengawas membantu dalam proses pemarkahan. Terima kasih Cikgu.

Sila klik gambar kalau mahu ia saiz gayak! (Warning!! Large Size. Kalau pakai dialup standby untuk menunggu batah)





0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home