Wednesday, August 15, 2007

Untuk penjelasan

Berikut adalah penjelasan/jawapan, mudah-mudahan ok.

1. Soalan dari Cikgu Asnadi berhubung kedudukan markah SR Puni. Kedudukan sekolah samada menjadi johan atau naib johan, bukanlah hasil markah yang diperolehi semasa ujian bertulis suku akhir, tetapi keputusan hasil saringan awal di zon/daerah masing-masing. Misalnya bagi Daerah Temburong, SR Bokok mendapat markah lebih tinggi dari SR Puni, bererti Johan dari Daerah Temburong ialah SR Bokok dan Naib Johan ialah SR Puni.

Apabila Cikgu melihat kepada keputusan Suku Akhir, Cikgu akan nampak 'shading' yang menjadikan sekolah berpasangan mengikut yang ditulis oleh Cikgu Abdoh. Maka keputusan pada Suku Akhir hari atu, bukannya antara sekolah secara keseluruhan atau sekolah dalam masing-masing zon/daerah tetapi mengikut sekolah yang dipasangkan.

Dalam hal ini, walaupun misalnya SR Panapar mendapat markah 223 dan SR Puni mendapat 229, tetapi SR Panapar digandingkan dengan SR Bengkurong yang mendapat markah 207, manakala SR Puni telah digandingkan dengan SR Dato Mohd Yassin, mendapat 235.

Maka sekolah yang mendapat markah tertinggi dalam pasangan yang telah ditentukan layak masuk ke peringkat seterusnya.

2. Kepada Cikgu Hj. Md Suazmie, susunan pasangan sebagaimana yang tertera di keputusan adalah menurut yang diarahkan oleh Cikgu Abdoh. Samada ia mengikut permainan bola sepak, undian dan sebagainya tertakluk kepada Cikgu Abdoh sebagai pengerusi bersama sekaligus ketua bahagian kesenian dan kebudayaan selaku penganjur KuizPSR 2007. Itu makanya Cikgu Hj. Md Suazmie, blog ani sebagai usaha untuk telus dan sekaligus menjadi arkib dan rujukan sebagai pembaikan di KuizPSR 2008, InsyaAllah. Mungkin Cikgu nanti boleh mewujudkan satu sistem yang boleh digunapakai dalam konteks akademik, bukan sahaja dalam peraduan kuiz, tetapi juga bagi acara lainnya seperti pertandingan gulingtangan, koir, tausyeh, nasyid. hadrah etc.

Terima kasih sekali lagi atas komen biscigu, we really appreciate it.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home