Tuesday, September 11, 2007

Persiapan untuk KuizPSR 2008

Salam sejahtera kepada para guru besar di seluruh Negara Brunei Darussalam,

Dalam sedikit masa lagi, persiapan untuk KuizPSR 2008 akan bermula. Telah dicadangkan bahawa satu tabung soalan akan diwujudkan bagi mengumpulkan soalan-soalan yang disertakan sebagai prasyarat penyertaan nanti.

KuizPSR 2007 menyaksikan beberapa sekolah yang menyertai pertandingan TANPA menyertakan soalan sebagai prasyarat penyertaan. Malah ada yang menyertakan soalan TANPA jawapan, soalan yang tidak mengikut piawai PSR, hinggakan ada yang (mungkin tidak senghaja) memberikan jawapan yang salah!!.

Oleh yang demikian, demi meningkatkan KUALITI KuizPSR 2008, maka soalan DAN jawapan bagi penyertaan KuizPSR 2008 akan diperlukan lebih awal, demi memastikan keselarasan soalan DAN jawapan serta merujuk kepada pihak yang berkenaan nanti eg. Jabatan Peperiksaan.

Terima kasih atas segala kerjasama dan pertimbangan daripada pihak Guru Besar.

AJK Eksekutif KuizPSR2008

2 Comments:

Blogger AzimCF said...

This comment has been removed by the author.

September 16, 2007 at 6:05 PM

 
Blogger AzimCF said...

Tahniah kepada PDS Jangsak dan Tahniah kepada pihak penganjur, yang telah berjaya mengungkayahkan pertandingan kuiz PSR 2007 dengan cemerlang..

September 16, 2007 at 6:08 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home