Wednesday, June 20, 2007

KuizPSR 2007 sekarang online

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog kuiz PSR Brunei yang diwujudkan khas untuk makluman para pelajar, guru-guru dan sekolah yang terlibat dengan kuiz PSR yang dianjurkan Jabatan Pendidikan Kokurikulum (JPKK), Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

Blog ini akan diupdate dengan maklumat sebaik saja ada masa dari pihak unit kesenian dan kebudayaan di JPKK.

Ketika ini usaha untuk mendapatkan penyertaan dari sekolah-sekolah rendah di kawasan Brunei Muara 1, 2, 3 dan 4 sedang dijalankan.

Untuk makluman, ketika ini tarikh yang dicadangkan bagi kuizPSR senegara ialah pada 5hb. September 2007 di Radio Televisyen Brunei. Ingat perkataan ini...DICADANGKAN. Mudah-mudahan lancar.

Saya juga ingin mendapatkan maklumbalas daripada sesiapa saja yang dapat mengakses blog ini dengan mengemail saya di alamat kuizpsr@gmail.com beserta nama dan sekolah biskita (sekiranya dari sekolah) dan jangan lupa juga untuk menyertakan komen ok?! Saya perlukan komen biskita untuk membisaikan blog ini atau apa saja yang biskita ingin saksikan di sini.

Saya nantikan email biskita. Ada juga niat untuk mengubah nama kuiz PSR ini menjadi yang lebih catchy seperti xplomaths bla bla..tapi memandangkan saya baru ditugaskan, maybe next year saja.

what do you think nama kuizPSR yang bisai? mindquest? yang berjaya memberikan nama nanti akan diberikan hadiah...REALLY! so keep your noodles boiling ;-)