Tuesday, July 31, 2007

Terima kasih SR Dato Mohd Yassin

A VERY BIG THANKS kepada Cikgu Sufian D Wizard dari SR Dato Mohd Yassin atas kiriman gambar dan soalan. Tahniah kepada pelajar berikut kerana terpilih mewakili sekolah ke KuizPSR2007.
Mohd Syazmuie
Siti Farah Farwizah

Fatin




STANDBY untuk saringan awal ujian bertulis pada 7hb.Ogos di Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Jalan 10, Kg. Perpindahan Lambak Kanan.

Monday, July 30, 2007

Perjumpaan dan taklimat

Perjumpaan dan taklimat bagi Ketua-ketua Bahagian dan Tuan Rumah Zon akan diadakan pada:

Sabtu 4hb. Ogos 2007
Bilik Mesyuarat 2
Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Jalan 10, Kg. Perpindahan Lambak Kanan.
Negara Brunei Darussalam.

InsyaAllah, kertas soalan akan diedarkan kepada masing-masing ketua dan Tuan Rumah untuk HANYA dibuka pada tarikh saringan awal diadakan iaitu pada 7hb. Ogos.

Penyertaan KuizPSR DITUTUP

Dengan penuh hormat dan sukacita dimaklumkan bahawa penyertaan KuizPSR 2007 ditutup, jadi diharap semua peserta bersedia untuk menjawab soalan ujian bertulis yang akan diadakan SERENTAK seluruh negara pada 7hb. Ogos 2007, Selasa, Jam 9 Pagi hingga selesai.

Bagi Daerah Brunei Muara, ujian bertulis akan diadakan di Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Bilik Mesyuarat 1 dan 2, Jam 9 Pagi. Dinasihatkan peserta untuk datang awal 30 minit sebelum ujian.

Selamat Maju Jaya dan kami akan mempost senarai sekolah yang menyertai KuizPSR 2007 yang PALING AKHIR, pada malam ini.

Hj.Adam

Sunday, July 29, 2007

Ujian Saringan Awal 7hb. Ogos 2007

Ujian Bertulis Saringan Awal Kuiz PSR akan dijalankan SERENTAK di seluruh Negara pada 7hb. Ogos 2007.

Thursday, July 26, 2007

Terima kasih SR Mentiri

A VERY BIG THANKS kepada cikgu Dk Hjh Fathimah fetty atas kiriman gambar dan logo. Tahniah kepada pelajar berikut kerana terpilih mewakili sekolah ke KuizPSR2007.


Muhammad Mahdi bin Muslim
Hadfina Aina bte Mustafa
Abdul Majid bin Ramlee

SARINGAN AWAL 7HB.OGOS BUKAN 31HB. JULAI

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para guru dan murid KuizPSR 2007.

Saringan Awal KuizPSR 2007 adalah ditunda dari 31hb. Julai ke 7hb. Ogos.Tempat akan dimaklumkan secepat mungkin selepas confirm venue.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama biscigu.

Tuesday, July 24, 2007

Jadual KuizPSR terkini - 4th Amendments

Jadual pertandingan KUIZPSR 2007 – 4th amendment

Saringan Awal (Daerah Brunei Muara sahaja)

Hari : Selasa

Tarikh : 23 Rejab 1428H / 7hb. Ogos 2007

Jam : 9 Pagi hingga 10 Pagi

Tempat : Akan dimaklumkan secepat mungkin.

Manakala bagi Daerah Tutong, Belait dan Temburong, masa dan tarikh tidak berubah. Ujian dijalankan SERENTAK seluruh Negara. Venue ujian adalah di Sekolah yang menjadi Tuan Rumah di daerah masing-masing.

Suku Akhir Negara

Hari : Rabu

Tarikh : 1 Syaaban 1428H / 14hb. Ogos 2007

Jam : 2.00 Petang hingga 4.30 Petang

Tempat : Akan dimaklumkan secepat mungkin.

Separuh Akhir Negara

Hari : Isnin

Tarikh : 14 Syaaban 1428H / 27hb. Ogos 2007

Jam : 2.00 Petang hingga 4.30 Petang

Tempat : Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Jalan 10, Kg. Perpindahan Lambak Kanan.

Akhir Negara

Hari : Rabu

Tarikh : 23 Rejab 1428H / 5hb. September 2007

Jam : 2.00 Petang hingga 4.30 Petang

Tempat : Radio Televisyen Brunei (Tertakluk kepada perubahan)


Sunday, July 22, 2007

Senarai Sekolah Terbaru 29hb. Julai..for now

Berikut adalah senarai sekolah yang telah menghantar (walaupun akhir sedikit) DAN yang paling penting sebagai prasyarat penyertaan DAN menghantar soalan (beserta skim jawapan) ke pihak Urusetia KuizPSR 2007 kuizpsr@gmail.com

Yang hanya menghantar HARDCOPY dan diperlukan untuk menghantar SOFTCOPY.
SR SABA DARAT
SR. BENDAHARA LAMA,
SR.MABOHAI , BRUNEI I
SR.PINTU MALIM, BRUNEI
SR DATO GANDI
SR PANTAI BERAKAS
SR DATO BASIR
SR HMS SG HANCING
SR SUAS MUARA
SR DATO MAHAWANGSA LAMBAK (TIADA SKIM JAWAPAN DISERTAKAN.SILA HANTAR)
SR BERIBI TELANAI
SR AHMY KATIMAHAR
SR KIARONG
SR RIMBA II
SR PANCHOR MURAI
PDS SCHOOL

Manakala sekolah berikut telah menghantar penyertaan DAN soalan dalam bentuk softcopy dan hardcopy. Terima kasih kepada sekolah-sekolah berikut:
SR BERAKAS GARRISON
SR ANGGEREK DESA
SR BATU MARANG
SR TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI
SR OKBI SUBOK
SR TUNGKU
SR MULAUT
SR JERUDONG
SR RIMBA I
SR PUTAT
SR MASIN
SR LUMAPAS
SR TANJUNG KINDANA
SR PENGKALAN BATU
SR PEHIN DATO JAMIL
SR DATO OTHMAN
SR KASAT

Soalan ujian bertulis KuizPSR 2007

Seperti biasa, soalan berkisar lima subjek utama PSR iaitu: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Geografi dan Sejarah.

Diharapkan pihak sekolah bersedia dengan kenderaan dan para murid diberi maklum awal untuk ujian bertulis tersebut.

InsyaAllah, memo akan dikeluarkan pada Hari Selasa 24hhb. Julai 2007.

Syabas kepada sekolah-sekolah Tuan Rumah

Tahniah kepada Sekolah-sekolah berikut kerana menjadi Tuan Rumah bagi Zon masing-masing. Mudah-mudahan KuizPSR 2007 berjalan lancar dan dipermudahkan Allah jua.AMIN.

Syabas kepada Sekolah Tuan Rumah di kawasan:

Daerah Belait : Sekolah Rendah Panaga Seria, Belait
Contact 3222037, 3226857, 3226859

Tutong I : Sekolah Rendah OKASWD Kupang bagi Zon Tutong 1
Contact 4685077

Tutong II : Sekolah Rendah Abd. Rashid, Tanjong Maya
Contact 4242131

Temburong : Sekolah Rendah Negalang, Temburong
Contact 5221190, 5222215

Penyelaras Utama ialah Jabatan Pendidikan KoKurikulum, Kg. Perpindahan Lambak Kanan. Contact 2333041 ext 207 dan Fax 2332977. Email kuizpsr@gmail.com

KuizPSR 2007 Written Exam commence on 31st July 2007

Ujian Bertulis Saringan Awal Kuiz PSR akan dijalankan SERENTAK di seluruh Negara pada 31hb. Julai 2007. (kini sudah ditunda ke 7hb. Ogos)

UBD answers no to Lecture Hall

Memandangkan Universiti Brunei Darussalam menyatakan pada 19hb. Julai 2007 bahawa tempat yang diperlukan untuk saringan awal dan suku akhir, iaitu dewan kuliah (main lecture theater-Dewan Chancellor-NOT THE BIG HALL) digunakan pada tarikh yang telah dinyatakan, maka ketika ini ingin mendapatkan MPH atau CLT 1.17 sebagai venue kuizPSR.

Jadual KuizPSR terkini - 2nd Amendments


Saringan Awal (Daerah Brunei Muara sahaja)

Hari : Selasa
Tarikh : 16 Rejab 1428H / 31hb. Julai 2007
Jam : 2.00 Petang hingga 4.30 Petang
Tempat : Akan dimaklumkan kemudian

Suku Akhir Negara

Hari : Rabu
Tarikh : 24 Rejab 1428H / 8hb. Ogos 2007
Jam : 2.00 Petang hingga 4.30 Petang
Tempat : Akan dimaklumkan kemudian

Separuh Akhir Negara

Hari : Isnin
Tarikh : 14 Syaaban 1428H / 27hb. Ogos 2007
Jam : 2.00 Petang hingga 4.30 Petang
Tempat : Akan dimaklumkan kemudian

Akhir Negara

Hari : Rabu
Tarikh : 23 Rejab 1428H / 5hb. September 2007
Jam : 2.00 Petang hingga 4.30 Petang
Tempat : Radio Televisyen Brunei (Tertakluk kepada perubahan)

Friday, July 20, 2007

KuizPSR 2007 schools (Brunei Muara)

Inilah senarai sekolah bagi daerah Brunei dan Muara yang telah menghantar penyertaan masing-masing ke KuizPSR 2007, namun sepertimana yang telah dinyatakan pada tatacara dan syarat pertandingan bagi tahun ini, yang lebih kurang bermaksud ; mana-mana sekolah yang TIDAK menghantar soalan objektif/subjektif yang meliputi 5 disiplin utama KuizPSR 2007, secara automatik penyertaan sekolah tersebut adalah dibatalkan.

Ketika kami masih dalam penyaringan antara sekolah yang telah menghantar softcopy DAN hardcopy soalan dengan sekolah yang TIDAK MENGHANTAR soalan tetapi menghantar penyertaan.

Email kuizpsr@gmail.com beroperasi 24/7, sama-sama kita nantikan FINAL LIST yang akan dinyatakan pada malam ini.

Penyertaan KuizPSR ditutup

Penyertaan bagi KuizPSR 2007 kini ditutup. Sekarang tibalah saatnya untuk para peserta bersedia untuk saringan awal yang melibatkan ujian bertulis di tempat dan waktu yang akan ditentukan nanti.

Saringan awal peringkat daerah, InsyaAllah akan diadakan pada 31hb. Julai ini. Misalnya bagi bagi Daerah Brunei dan Muara, ujian bertulis dicadangkan akan diadakan di Dewan Kuliah, Dewan Canselor ( tertakluk kepada jawapan dari pihak UBD yang masih belum memberikan jawapan samada secara telefon, faks, email dan apa jua jenis makluman yang boleh disampaikan terus kepada pihak sekolah).

InsyaAllah sebagai ganti tempat ujian ialah Maktab Sains, memandangkan kemampuan sekolah tersebut untuk menampung lebih kurang 300 orang pelajar yang dijangka akan menjalani ujian bertulis saringan awal KuizPSR 2007.

Esok akan direconfirm dengan pihak yang terlibat ; UBD, permakanan, soalan, lantikan AJK etc. Esok juga merupakan sesi perjumpaan dengan pihak RTB untuk rundingan awal dalam mengadakan KuizPSR 2007 peringkat akhir nanti yang dijadualkan akan diadakan pada 5hb. September ini.

Semoga semuanya berjalan lancar.AMIN.

Ralat alamat weblog

Assalamualaikum dan salam hormat kepada para guru, guru besar yang dihormati sekalian.

Merujuk kepada siaran ke sekolah-sekolah rendah yang terpilih di daerah Brunei Muara, alamat web yang telah dinyatakan bersama cadangan jadual ialah www.kuizpsr.blogspot.com, namun alamat web yang sebenarnya ialah seperti yang tertera di address tab browser biskita ketika ini iaitu ;

http://kuizpsr.blogspot.com

Mohon maaf sekali lagi dan harap maklum.

Friday, July 13, 2007

LOGO Sekolah-sekolah diperlukan

Salam hormat kepada Sekolah-sekolah yang menyertai KuizPSR di seluruh negara. Dipohonkan dan sangat dihargai sekiranya biscigu mengirimkan (softcopy) logo sekolah cikgu dan gambar para peserta sekolah ke alamat kuizpsr@gmail.com.

Data tersebut akan digunakan untuk rujukan dan buku program.

Terima kasih.

Objektif dan tatacara Kuiz PSR 2007

Kuiz P.S.R. Sekolah-Sekolah Rendah Negara Brunei Darussalam 2007
Dengan penuh hormat dan sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam akan mengadakan Kuiz P.S.R bagi murid-murid Sekolah Rendah bagi tahun 2007.

Antara objektif Kuiz ialah:

1.Membantu para murid mengulangkaji pelajaran sebelum menduduki peperiksaan P.S.R.
2.Mengembangkan keyakinan diri murid dalam suasana pertandingan.
3.Menguji kecekapan berfikir dalam masa yang singkat.
4.Memupuk semangat kerjasama dalam berpasukan.
5.Mengeratkan silaturahim antara murid dan guru.
6.Menggalakkan penglibatan murid dalam kegiatan kokurikulum.
7.Menanai kesedaran pengalaman pembelajaran luar kelas.
8.Meningkatkan semangat daya saing antara murid dan sekolah.

Syarat dan tatacara pertandingan

1.Peraduan ini dibukakan kepada pelajar semua sekolah-sekolah Rendah di Negara Brunei Darussalam.
2.Hanya satu pasukan yang terdiri dari 3 peserta dibenarkan dari setiap sekolah.
3.Setiap sekolah yang menyertai peraduan ini dimestikan menyumbangkan sebanyak 10 soalan subjektif dan 10 soalan objektif bagi tiap-tiap satu subjek berdasarkan sukatan pelajaran peperiksaan P.S.R..
Soalan-soalan hendaklah dihantar ke email kuizpsr@gmail.com ( softcopy) dan dihantar ke JPKK (hardcopy).
4.Pada peringkat saringan, ujian bertulis akan diadakan dan semua peserta dikehendaki mengikutinya.
5.Hanya 2 (Johan& Naib Johan) mewakili kawasan/ Daerah ke peringkat negara.
6.Setiap soalan yang dikemukakan adalah berdasarkan subjek BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS, SAINS, MATEMATIK, GEOGRAFI DAN SEJARAH.

Maklumat berhubung tatacara dan syarat pertandingan akan dikemaskinikan dari masa ke semasa.

Watch this SPACE!!!

Monday, July 2, 2007

Borang kuizpsr diterima

lebih dari 15 buah sekolah rendah telah menghantar penyertaan masing-masing dengan 3 peserta setiap satu pasukan sekolah, namun borang yang dihantar tanpa menyertakan soalan sepertimana yang tercatat dalam siaran ke sekolah akan menyebabkan penyertaan sekolah dibatalkan.

ketika ini dalam proses memaklumkan sekolah melalui internet. kami mendapat alamat emel terbaru dari unit komputer JSS Ong Sum Ping agar alamat emel adalah yang terkini dan perhubungan menjadi lebih cepat.

InsyaAllah, nama sekolah dan nama peserta akan dinyatakan di blog ini dalam sehari dua.