Thursday, September 20, 2007

Selamat Menunaikan ibadah Puasa

Assalamualaikum Adik-adik yang masuk site ani untuk check soalan atau apa-apa saja pasal PSR. Mudah-mudahan adik-adik berpuasa (kepada yang dapat berpuasa), insyaAllah diberkati. Cuba saja ok..

Selamat menunaikan ibadah puasa dan semoga Allah Subhanahu Wata'ala menerima amal ibadat kita semua.Amin.

Elakkan dari main badil yang bunyinya keterlaluan dan sadang2 berbelanja ok!.

Ikhlas dari Setiausaha KuizPSR 2007.

ps.Kalau kan menaruh ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri pun boleh di sini. Hantar saja ke kuizpsr@gmail.com atau masukkan dalam comment. Saya kan taruh di site ani.

Tuesday, September 11, 2007

Persiapan untuk KuizPSR 2008

Salam sejahtera kepada para guru besar di seluruh Negara Brunei Darussalam,

Dalam sedikit masa lagi, persiapan untuk KuizPSR 2008 akan bermula. Telah dicadangkan bahawa satu tabung soalan akan diwujudkan bagi mengumpulkan soalan-soalan yang disertakan sebagai prasyarat penyertaan nanti.

KuizPSR 2007 menyaksikan beberapa sekolah yang menyertai pertandingan TANPA menyertakan soalan sebagai prasyarat penyertaan. Malah ada yang menyertakan soalan TANPA jawapan, soalan yang tidak mengikut piawai PSR, hinggakan ada yang (mungkin tidak senghaja) memberikan jawapan yang salah!!.

Oleh yang demikian, demi meningkatkan KUALITI KuizPSR 2008, maka soalan DAN jawapan bagi penyertaan KuizPSR 2008 akan diperlukan lebih awal, demi memastikan keselarasan soalan DAN jawapan serta merujuk kepada pihak yang berkenaan nanti eg. Jabatan Peperiksaan.

Terima kasih atas segala kerjasama dan pertimbangan daripada pihak Guru Besar.

AJK Eksekutif KuizPSR2008

Wednesday, September 5, 2007

In Brudirect today 060908


PDS Jangsak Named Champion Of KUIZPSR 2007
By Yusrin Junaidi

Bandar Seri Begawan - PDS Jangsak, PGGMB Primary School, Pengkalan Batu Primary School and Sungai Liang Primary School faced off in the finals of KUIZPSR 2007 at Rimba II Primary School, Kampong Rimba.

PDS Jangsak emerged as the champion, followed by Sungai Liang and Pengkalan Batu primary schools.

On hand to present the prizes to the winners was Director of Education Department at the Ministry of Education Dayangku Hjh Mastoli binti PSI Pengiran Haji Ismail. -- Courtesy of Borneo Bulletin

click here for the original http://www.brudirect.com/DailyInfo/News/Archive/Sept07/060907/nite44.htm
http://www.brunei-online.com/bb/thu/sep6h44.htm

Tahniah PDS dan sekolah lainnya.

Alhamdulillah KuizPSR2007 peringkat akhir selesai dilangsungkan di SR Rimba II, InsyaAllah akan mengupdate semuanya dalam sehari dua ini bersama gambar.

Tahniah kepada PDS School sebagai Juara KuizPSR 2007 Senegara kali pertama,dan kepada semua sekolah yang menyertai.

Sijil akan dibahagikan kemudian, personalized.

Thanks again.