Wednesday, August 29, 2007

Aturcara Pertandingan Akhir KuizPSR2007

ATURCARA PERTANDINGAN AKHIR KUIZPSR 2007
RABU 23 SYAABAN 1428H / 5 SEPTEMBER 2007
SEKOLAH RENDAH RIMBA II


1.45PM - AHLI JAWATANKUASA HADIR
2.00PM - PARA PESERTA DAN GURU PENGAWAS HADIR
2.15PM - PARA JEMPUTAN HADIR
2.30PM - TETAMU KEHORMAT HADIR
PENGARAH
JABATAN PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN

- BACAAN SURAH ALFATIHAH DAN DOA SELAMAT
- PERTANDINGAN DIMULAKAN
- KUIZ TERBUKA
- PENYAMPAIAN HADIAH DAN CENDERAMATA
- BERGAMBAR RAMAI BERSAMA TETAMU KEHORMAT
- MENIKMATI JAMUAN
- BERSURAI

Tahniah!!! 4 sekolah berjaya ke pertandingan Akhir

Tahniah kepada sekolah-sekolah berikut kerana berjaya mendapat markah tertinggi dalam pertandingan di peringkat separuh akhir 2 hari yang lalu. Jutaan penghargaan dan terima kasih kepada sekolah-sekolah yang tidak berjaya. Almaklum, namanya pertandingan. Mungkin sekolah biscigu akan memasuki peringkat akhir tahun hadapan. InsyaAllah KuizPSR2008 akan lebih meriah dan menyeronokkan. Untuk itu, dipohonkan kerjasama kepada sekolah-sekolah yang berkesudian untuk menjadi tuan rumah bagi KuizPSR2008 untuk menghubungi Setiausaha Eksekutif KuizPSR2007 dengan menulis email di kuizpsr@gmail.com.

Sekali lagi tahniah kepada sekolah-sekolah berikut:

PDS, Jangsak
PGGMB
SR Pengkalan Batu
SR Sungai Liang

InsyaAllah acara akan diadakan pada:
Rabu
23 Syaaban 1428H / 5 September 2007
Jam 2 Petang
Sekolah Rendah Rimba II

LET THE REAL GAME BEGINS!!

Saturday, August 18, 2007

Separuh Akhir KuizPSR 2007 27hb. Ogos 2007

InsyaAllah pada 27hb. Ogos nanti, sebanyak dua acara kuiz akan diadakan iaitu ; Separuh Akhir 1 dan Separuh Akhir 2.

Sebanyak 4 buah sekolah akan bertanding di Separuh Akhir 1 dan 4 buah sekolah di Separuh Akhir 2.

Sebagaimana yang tercatat di keputusan suku akhir, kumpulan sekolah yang akan bertanding di Separuh Akhir 1 ialah:
  1. Sekolah Menengah Chung Hua, Kuala Belait
  2. Sekolah Rendah Bebuloh
  3. Sekolah Rendah PDS Jangsak
  4. Sekolah Rendah PGGMB
Kumpulan Sekolah yang akan bertanding di Separuh Akhir 2 ialah:
  1. Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin
  2. Sekolah Rendah Penapar
  3. Sekolah Rendah Pengkalan Batu
  4. Sekolah Rendah Sungai Liang
Pada 27hb. Ogos nanti, pertandingan Separuh Akhir 1 akan dimulakan pada jam 8.30am hingga selasai dan 15 minit setelah Separuh Akhir 1 selesai, Separuh Akhir 2 dimulakan.

Kuiz akan dimulakan dengan soalan perseorangan pada pusingan yang pertama.

Pusingan kedua pula dengan kecepatan menekan loceng/buzzer setelah memilih petak


dan pusingan ketiga pula ialah Rapid Fire 10/20 Soalan subjektif dalam masa 1 minit.

Pasukan yang mendapat markah tertinggi dan kedua tertinggi adalah layak memasuki peringkat akhir KuizPSR 2007.

Format yang sama digunakan pada Separuh Akhir kedua. Jika ada 2 atau lebih pasukan yang memperolehi markah yang sama, masa soalan bonus akan dijual sehinggalah urutan 1,2 dan 3 diperolehi.

Perhatian. Demi mengelakkan daripada peserta terus menerus membolot menekan loceng/buzzer walaupun tidak tahu jawapannya, maka pemotongan markah akan dilakukan jika tiada jawapan atau jawapan salah diberikan.

Draft design untuk KuizPSR2007

Mudah-mudahan tahun hadapan ada masa untuk melaksanakan pertandingan mencipta logo khas bagi KuizPSR yang melambangkan 6 subjek PSR, tetapi buat masa ini. Draft untuk banner, cover program dan tag nama sudah dibuat dengan kerjasama (sponsor) oleh isaryan.

Terima kasih ISARYAN atas design yang telah diberikan. Sekarang dibukakan C&C, jika dapat kritikan yang diterima, disertakan dengan design yang disyorkan. Full Fledge design please.

Sekarang pilihan samada hi-key


atau lo-key.

Wednesday, August 15, 2007

Untuk penjelasan

Berikut adalah penjelasan/jawapan, mudah-mudahan ok.

1. Soalan dari Cikgu Asnadi berhubung kedudukan markah SR Puni. Kedudukan sekolah samada menjadi johan atau naib johan, bukanlah hasil markah yang diperolehi semasa ujian bertulis suku akhir, tetapi keputusan hasil saringan awal di zon/daerah masing-masing. Misalnya bagi Daerah Temburong, SR Bokok mendapat markah lebih tinggi dari SR Puni, bererti Johan dari Daerah Temburong ialah SR Bokok dan Naib Johan ialah SR Puni.

Apabila Cikgu melihat kepada keputusan Suku Akhir, Cikgu akan nampak 'shading' yang menjadikan sekolah berpasangan mengikut yang ditulis oleh Cikgu Abdoh. Maka keputusan pada Suku Akhir hari atu, bukannya antara sekolah secara keseluruhan atau sekolah dalam masing-masing zon/daerah tetapi mengikut sekolah yang dipasangkan.

Dalam hal ini, walaupun misalnya SR Panapar mendapat markah 223 dan SR Puni mendapat 229, tetapi SR Panapar digandingkan dengan SR Bengkurong yang mendapat markah 207, manakala SR Puni telah digandingkan dengan SR Dato Mohd Yassin, mendapat 235.

Maka sekolah yang mendapat markah tertinggi dalam pasangan yang telah ditentukan layak masuk ke peringkat seterusnya.

2. Kepada Cikgu Hj. Md Suazmie, susunan pasangan sebagaimana yang tertera di keputusan adalah menurut yang diarahkan oleh Cikgu Abdoh. Samada ia mengikut permainan bola sepak, undian dan sebagainya tertakluk kepada Cikgu Abdoh sebagai pengerusi bersama sekaligus ketua bahagian kesenian dan kebudayaan selaku penganjur KuizPSR 2007. Itu makanya Cikgu Hj. Md Suazmie, blog ani sebagai usaha untuk telus dan sekaligus menjadi arkib dan rujukan sebagai pembaikan di KuizPSR 2008, InsyaAllah. Mungkin Cikgu nanti boleh mewujudkan satu sistem yang boleh digunapakai dalam konteks akademik, bukan sahaja dalam peraduan kuiz, tetapi juga bagi acara lainnya seperti pertandingan gulingtangan, koir, tausyeh, nasyid. hadrah etc.

Terima kasih sekali lagi atas komen biscigu, we really appreciate it.

Monday, August 13, 2007

Gambar Guru Pengawas dan Murid Suku Akhir Senegara 2007

Click picture for original size.WARNING!!! LARGE SIZE. Please consider if you are using only dialup, for viewing.

Sekolah Menengah Chung Hua, Kuala Belait
Sekolah Rendah Puni, Temburong
Sekolah Rendah Bokok, Temburong
Sekolah Rendah Sinaut
Sekolah Rendah Penapar, Tutong
Sekolah Rendah PGGMB
Sekolah Rendah Bebuluh
Sekolah Rendah Sungai Liang
Sekolah Rendah PDS
Sekolah Rendah Rambai
Sekolah Rendah Pengkalan Batu
Sekolah Rendah OKAWSD Kupang
Sekolah Rendah Raja Isteri Fatimah
Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin
Sekolah Rendah Pusar Ulak
Sekolah Rendah Bengkurong

Keputusan Suku Akhir Senegara KuizPSR 2007

Syabas kepada SEMUA sekolah yang berjaya melayakkan diri memasuki suku akhir senegara pada hari ini 14hb. Ogos 2007, namun seperti biasanya adat pertandingan, ada yang berjaya dan ada yang kurang bernasib baik.

Berikut ada keputusan pada hari ini dan jangan lupa bahawa perjalanan bagi sekolah-sekolah yang berjaya masih belum selesai dan now the REAL GAME BEGINS.

SEPARUH AKHIR KUIZPSR 2007 27HB. OGOS 2007 HARI ISNIN (tertakluk kepada perubahan ke 28HB.OGOS 2007-jika ada akan dimaklumkan secepatnya) Jam 9 Pagi tetapi pendaftaran seperti biasa bermula jam 7.30 Pagi.

Sila klik pada gambar untuk mendapatkan resolusi asli.



Sekolah-sekolah yang memasuki Separuh Akhir


See you at the semi finals!!

Suasana Peringkat Suku Akhir KuizPSR 2007



Alhamdulillah
ujian bertulis peringkat sukuakhir telah lancar dan sempurna dijalankan, terlebih dahulu bagi pihak AJK Eksekutif KuizPSR 2007 sukacita merakamkan jutaan terima kasih kepada para guru pengawas dan para pelajar. Ada yang datang dari jauh ; Temburong dan Belait. Mudah-mudahan usaha biscigu mendapat berkat dan para pelajar dapat menimba pengalaman berada dalam konteks ujian yang cukup mencabar pada kali ini. 120 soalan dalam masa 45 minit? nasib jua objektif cikgu, bayangkan saja kalau subjektif.

Lagi sekali, pihak AJK juga merakamkan penghargaan yang setinggi-tingginya atas kesudian para guru pengawas kerana berkesudian memberikan kerjasama dalam pemarkahan peringkat suku akhir ini, nasib jua ada yang membawa kacamata, kalau inda...;-p.

Tidak lupa juga kepada Pemangku Guru Besar SR Rimba II yang sangat berbesar hati memberikan kemudahan berupa dewan, meja kerusi, ekon dan sebagainya. Sekolah Rendah Rimba sekarang menjadi Venue Eksklusif KuizPSR 2007. Tahniah SR Rimba II.
Gambar berikut menampakkan jamuan untuk para guru pengawas dan pelajar, keadaan pelajar ketika ujian dijalankan dan suasana ketika stress para guru pengawas membantu dalam proses pemarkahan. Terima kasih Cikgu.

Sila klik gambar kalau mahu ia saiz gayak! (Warning!! Large Size. Kalau pakai dialup standby untuk menunggu batah)





Terima kasih Cikgu Suazmie dari Temburong

Terima kasih Cikgu Suazmie for your kind words. Really appreciate it.

Friday, August 10, 2007

Tahniah Sekolah Rendah Bokok dan Sekolah Rendah Puni

Assalamualaikum,

Here I attached the results for the Temburong district schools.

FYI, Sekolah Rendah Bokok and Sekolah Rendah Puni will proceed to the next
level.

Thanks.

From,
Cikgu Hj Ramli
Sekolah Rendah Negalang.

Wednesday, August 8, 2007

From BB 080807 and additional info

Students Gear Up For PSR Exams
By Liza Mohd

Kuala Belait - In preparation for the major PSR examinations, 63 Primary Six students from 21 primary schools in Belait District took part in the national PSR Quiz preliminary level yesterday morning.

The PSR Quiz, organised by the Co-Curriculum Department at the Ministry of Education, was hosted by Panaga Seria Primary School and was conducted throughout the district. Each school was represented by three students and selected winners would represent the district in the finals, which will take place in the capital.

Questions were based on related learning subjects such as Mathematics, Geography, History, English and Bahasa Melayu to assist students with their upcoming PSR examinations early October.

Students were given 45 minutes to answer 60 objective questions at the preliminary round of the competition, which was held for the sixth time this year.

The quarterfinals of the competition will take place on August 14, while the semi-finals and finals will be held on August 27 and September 5 respectively. -- Courtesy of Borneo Bulletin


Thanks Liza and Panaga for the coverage. Hopefully you can cover the quaterfinals at SR Rimba II this coming 14th. August and students and teachers are requested to come at 7.30am for registration and pictures.;-)


How about pictures? from Tanjong Maya, Kupang Tutong, Nagalang Temburong and Panaga? May JPKK have a copy please.

Tuesday, August 7, 2007

Keputusan masih dinantikan

Keputusan dari daerah Tutong, Temburong dan Belait masih dinantikan. Dipohonkan akan dapat diserahkan secepatnya kepada setiausaha eksekutif KuizPSR ; Cikgu Haji Adam untuk tindakan selanjutnya. (Siaran ke sekolah/permohonan keluar kepada ibubapa pelajar)

Terima kasih atas pertimbangan dan kerjasama biscigu.

Keputusan ujian bertulis saringan Awal Daerah Brunei & Muara

Terlebih dahulu dirakamkan jutaan terima kasih kepada semua sekolah yang telah hadir pada pagi tadi. Semoga pengalaman yang diperolehi pelajar akan dapat dimanfaatkan di ujian PSR yang sebenar.

Tahniah kepada sekolah-sekolah berikut kerana berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya iaitu peringkat suku akhir NEGARA. Kiraan markah /60 X 3=

Dari Brunei 1
  • SR Pusar Ulak- 161 mata
  • SR Raja Isteri Fatimah - 156 mata
Dari Brunei 2
  • PGGMB - 163 mata
  • SR Dato MOhd Yassin- 158 mata
Dari Brunei 3
  • SR PDS Jangsak - 166 mata
  • SR Bengkurong - 162 mata
Dari Brunei 4
  • SR Pengkalan Batu - 162 mata
  • SR Bebuloh - 151 mata
Untuk panduan, mendapat markah tertinggi keseluruhan ialah SR PDS Jangsak. Kesemua sekolah yang dinyatakan di atas akan menjalani ujian bertulis pada 14hb. Ogos 2007 di SR Rimba II dan diharapkan para guru supaya akan dapat datang pada jam 7.30 pagi untuk pendaftaran.

Saringan Awal di SR Rimba II

Ribuan terima kasih kepada para guru dan murid kerana berkesudian meramaikan saringan awal KuizPSR 2007 yang diadakan serentak di seluruh negara pada pagi tadi.

Begitu juga kepada sekolah tuan rumah di Panaga, Kupang, Tanjong Maya, Nagalang Temburong dan Sekolah Rendah Rimba II.

Kami masih lagi menantikan keputusan dari Belait, Tutong 1&2 dan Nagalang, mungking juga besok mudah-mudahan kami dapat menerima fax dari biscigu dan lebih baik jika diemail softcopynya.

Suasana ujian saringan bagi Brunei 1, 2, 3 dan 4 di Sekolah Rendah Rimba II tadi pagi.

Monday, August 6, 2007

Senarai sekolah yang menyertai KuizPSR 2007 Daerah Brunei Muara

SR. SUNGAI KEBUN, BRUNEI I
SR. PUSAR ULAK, BRUNEI I
SR. PAP BESAR, BRUNEI I
SR. RAJA ISTERI FATIMAH, BRUNEI I
SR. DATU GODAM, BRUNEI I
SR. SABA DARAT, BRUNEI I
SR. SUNGAI SIAMAS, BRUNEI
SR HAJI TARIF, BRUNEI I
SR. DATU AHMAD, BRUNEI I
SR. BENDAHARA LAMA, BRUNEI I
SR.MABOHAI , BRUNEI I
SR.PINTU MALIM, BRUNEI I
SR. PEHIN DATO JAMIL, BRUNEI I
SR. PULAIE, BRUNEI II
SR. BERAKAS GARISON, BRUNEI II
SR. DATO MOHD YASSIN , BRUNEI II
SR. DATU GANDI , BRUNEI II
SR. SULTAN ABDUL BUBIN, BRUNEI II
SR. PANTAI BERAKAS, BRUNEI II
SR. ANGGEREK DESA, BRUNEI II
SR. BATU MARANG, BRUNEI II
SR. MENTIRI, BRUNEI II
SR. SERASA MUARA, BRUNEI II
SR. DATO BASIR, BRUNEI II
SR. TANAH JAMBU, BRUNEI II
SR. TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI,
MUARA, BRUNEI II
SR. LAMBAK KANAN JALAN 49, BRUNEI II
SR. OKBI SUBOK, BRUNEI II
SR. DATO MARSAL, BRUNEI II
SR. KAPOK MUARA, BRUNEI II
SR. HMS SUNGAI HANCHING, BRUNEI II
S.R.SUAS MUARA, BRUNEI II
S.R.DATO OTHMAN, BRUNEI II
SR. DATU MAHAWANGSA LAMBAK,
S.R.AMAR PAHLAWAN, BR.II
SR. BERIBI TELANAI, BRUNEI III
SR. BENGKURONG, BRUNEI III
SR. AHMY KATIMAHAR, BRUNEI III
SR. TUNGKU,GADONG, BRUNEI III
SR. MULAUT, BRUNEI III
SR. PG. PEKERMA SETIA DIRAJA SAHIRBUL
SR. PPSDSB GADONG, BRUNEI III
BANDAR, GADONG, BRUNEI III
SR .HJ MD JAAFAR MAUN KIULAP
SR. OKSB KILANAS, BRUNEI III
SR KIARONG, BRUNEI III
SR JERUDONG, BRUNEI III
SR KG MATA MATA, GADONG
SR BENDAHARA SAKAM
BUNUT BRUNEI III
SR. RIMBA I, BRUNEI III
SR. RIMBA II, BRUNEI III
SR. SENGKURONG, BR.III
SR KASAT,BRUNEI IV
SR NAKHODA ABDUL RASHID MENUNGOL
SR JUNJUNGAN,BRUNEI IV
SR PANCHOR MURAI, BR IV
SR MASIN,BRUNEI IV
SR LUMAPAS, BRUNEI IV
SR BEBULUH, BRUNEI IV
SR. TANJUNG KINDANA, BRUNEI IV
SR. PENGKALAN BATU, BRUNEI IV
P.D.S. SCHOOL
NUSA LAILA PUTERI SCHOOL
SEKOLAH P.G.G.M.B KG. SUNGAI AKAR

Ralat jumlah penyertaan dari Temburong

Saya Cikgu Hj Ramli dari Sekolah Rendah Negalang, Temburong. Disini saya ingin memaklumkan bahawa penyertaan dari daerah Temburong adalah sebanyak 14 buah sekolah, bukannya 13 buah sekolah seperti yang saya laporkan kepada tuan pada meeting hari Sabtu lepas.
Sekian. Harap maklum.
P/s: Sorry, terlupa mengira sekolah tuan rumah :)

Friday, August 3, 2007

Venue Eksklusif KuizPSR 2007 -maps

click for bigger picture